LEGOLAND adventure part 2

Salam, sebenarnya post ni nak buat malam tadi. Tp bila dah taip banyak2 tertekan ‘cancel’ pula. Jadi pagi ni sy nak sambung pengalaman sy di Legoland. Sy dan adik2 pegi Legoland hari ahad yang lepas, 2 september 2012. Adik saya nadia dan nabila dah tersesat kat legoland ni hari sabtu sebelum tu. Tapi masa tu cuma boleh tengok-tengok je tak boleh main apa2 pun. Awal2 nadia dah bagitau yang legoland ni sangat le jauh beza dengan uss. Sebabnya dia kata kalau kat uss masuk je terus rasa kagum dan teruja, tapi kat legoland tu dia tak rasa apa2 pun. Saya masih positif, sebab dia baru masuk pintu depan belum lagi jelajah betul2 dalam legoland tu. Tp org kata ‘first impression count’ kan.
Kami sampai kat legoland dalam jam 10 pagi. Masa kami sampai tu banyak dah kereta parking kat kawasan parking. Kebanyakkan kereta yang parking ni kereta2 dari luar negeri Johor. Daripada parking ambil masa lebih kurang 3 minit jalan kaki untuk sampai ke pintu masuk. Bila dah sampai sini sesi fotografi pun bermula la.

20120907-080920.jpg

Orang ramai pun dah mula beratur untuk masuk ke sini. Ramai juga yang datang untuk redeem annual pass masing2. Ramai juga yang nak masuk guna annual pass ni tapi tak boleh sebab hari ni yang dapat masuk hanya untuk orang2 yang dapat tiket free termasuk la kami semua.

20120907-081137.jpg

20120907-081223.jpg

Mungkin disebabkan tempat tu terlalu baru atau mungkin juga disebabkan termakan ngan kata2 nadia, sy mmg rasa macam “eh! Ni je ke?” tapi lama2 ok je. Kat dalam ni banyak binaan2 lego yang menarik. Sebabnya sy kalau pasang lego akan jadi bangunan yang tegak je. Tapi kat sini lego diubahsuai jadi orang, jadi bot, seringala, dinosor, naga dan macam2 lagi.

I got class now. More update on the adventure coming soon.

So my adventure continue.

Kami mulakan pengembaraan kami ni secara melawan jam. Disebabkan pengalaman di uss yang sangat awesome, kami dapati permainan kat sini pada mulanya tidak se”awesome” permainan di uss. Mungkin target legoland ni lebih kepada kanak2 jadi permainan dia agak kurang menyebabkan pengepaman adrenaline.

Kami bermula di lego city. Dari 10 attraction kat sini kami cuma cuba 2 je. Legoland express dan lego rescue academy. Permainan yang lain sesuai untuk budak-budak je. Kami yang bersaiz berganda2 dari budak2 ni agak terpinga2 gak sebab xde apa yang sesuai untuk kami. Jadi mula2 kami cuba legoland express dulu. Naik keretapi keliling legocity dengan miniland. Ok la keretapi slow je bukan bullet train pun. Then kami dumfounded tak tau nak cuba apa plak, then nampak la lego rescue academy. Beratur pn x panjang, nampak macam lame je tapi sebab xde game lain menarik yang boleh dicuba kami pn masuk je la. Senang je game ni. Kami naik atas truck bomba then kena pam nak bagi truck tu jalan ke depan pas tu pancut air utk padamkan ‘api’ then naik truck and pam truck tu untuk sampai semula kat tempat permulaan. Game ni kena main ngan partner so aku ngan nadia jadi partner. Punya la semangat kami mengempam truck kami. Penat tapi seronok. Masa ni adrenaline dah start pumping.

Then kami teruskan adventure kami ke land of adventure. Kat sini pun kami cuba satu attraction je. Lost kingdom adventure. Naik keretapi lagi. Kami diberi pistol untuk tembak lampu. Remind me of ride kat area madagascar dalam uss. Biasa je pun. Sekejap je kat sini sebab ada satu attraction yang nampak best tapi tutup.

Pastu kami jalan lagi kat imagination. Kat sini kami berhenti makan kat pizza mania. They serve italian food such as pizza of course and ada gak pasta. We choose to eat pizza, kami ambil 2 keping pizza. Masa bayar aku dah agak harga mesti lebih rm50, tapi rupanya semua harga makanan ada diskaun 50%. rasanya ok le gak. Murah plak tu. Lama kami dok kat dalam pizza mania ni cam nama game plak sebabnya cuaca panas sangat2. Pas makan kami pergi ke lego studio. Ada movie 4d, lama gak kena tunggu kat sini. Lebih daripada 30 minit. Tp yang ni bagi sy antara yang best la, tapi mcm biasa kami mesti nak bandingkan dengan uss, kat uss ada shrek 4d, kat cni ada cerita a clutch powers 4d adventure. Part 3d mmg cantik, cuma part 4d tu kurang skit. Air turun dari atas jadi agak lambat sampai kat penonton kat bawah. Then banyak effect angin je, yang paling kureng bangku tak gerak. Tapi part yang ada ‘salji’ tu saya suka.

After that kami g solat, ruang solat sangat spacious, alhamdulilah. Adik aku kata masa kat uss surau dia kecik sangat. Cuma sbb baru bukak, xde telekung dalam tu. Nasib baik aku dah siap2 pack telekung dalam handbag.

Later we tried kid power tower….aku baru tau nama dia ni….untuk kid ke? ermmm…… Tapi orang dewasa boleh gak cuba. Ok gak ni. Tapi sy takut tinggi. Naik tinggi skit saya dah stop.
Then we went to lego kingdom. Kat cni ada 2 rollercoaster. The dragon dan dragon apperentice. Thank god the drogon tutup sebab ada orang tercampak sebelum tu…..tak la, tak tau kenapa tutup. So kami pun naik dragon apprentice. Kecik je rollercoaster ni. Tak takut mana pun….. Then kami sambung makan kat knight’s feast. Part makan ni legoland menang la sebab masa kat uss tak semua kedai halal. Kat sini of cause le semuanya halal kan.

Selepas mengisi perut kami pegi plak ke lego technic. Kat sini ada technic twister. Ada 2 bnda saya tak suka dalam dunia. Speed and height. Technic twister is the combination of both. Tapi dah sampai kalo tak cuba rugi. So sy cekalkan hati dan cuba juga. Hasilnya, ermmm…. Tak rasa apa2 pn sebab saya tutup mata sepanjang masa. Takut wei. Tapi i don’t mind utk cuba lagi. Pasni masing2 dah penat dan panas. Jadi pas solat asar pegi la msuk kedai cenderamata jap. Semuanya mahal tapi ada diskaun 10% saya beli keychain harry potter, cawan comel dan buku catatan. Later kami pergi jalan2 kat miniland. Sy kagum sangat dengan ketelitian pembina miniland ni. Sangat teliti.

Akhirnya dalam jam 6.45 petang baru la tamat pengembaraan kami kat sini.

Overall saya bagi 6 per 10. Uss 9 per 10. Tips kalo datang cni adalah
– pakai baju, seluar dan tudung paling selesa. Tak payah nak pakai pashmina sangat. Menyesal nanti.
– pakai sunscreen, bawa sunglasess dan juga topi kalo tidak akan menyesal juga.

20120907-134509.jpg

20120907-134606.jpg

20120907-134706.jpg

20120907-134737.jpg

Advertisements

4 thoughts on “LEGOLAND adventure part 2

  1. Pingback: LEGOLAND adventure part 2 « Nidaadnan's Blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s